Prolog
“Tengok
tangan saya betul-betul, okey?”
Dahinya
sudah berkerut. Matanya juga tidak lepas dari memandang wajah lelaki di
hadapannya ini. Pada senyuman nipis yang terukir di bibir itu, pada cara lelaki
itu memandang ke arahnya. Kabur. Wajah itu kabur walaupun dia dapat melihat
bibir dan mata itu. Namun arahan yang diberi tadi dipatuhi.
Dia
lihat tangan lelaki itu bergerak ke arah langit malam yang ditaburi cahaya
bintang-bintang yang birsinar terang dan berkilau-kilau. Ia buat matanya yang
melihat berasa sedikit berpinar dan takjub tetapi tidak terlalu lama kerana
fokusnya lebih kepada tangan itu yang seeprti menunggu langkah seterusnya.
Dadanya berdebar-debar akan kejutan yang akan tiba.
“Awak
pilihlah mana-mana bintang yang awak nak,” kata lelaki itu. “Saya akan petikkan
untuk awak.”
‘Gila
apa nak petik bintang?’ desis hatinya. Begitupun dia cuba sorok senyuman
sarkastiknya.
“Cepatlah!”
gesa lelaki itu.
“Yang
itu!” pilihnya. Dia hendak lihat bagaimana seorang lelaki biasa mampu untuk
memetik bintang di langit yang jelas saiznya yang sebenar adalah jauh lebih
besar dari tapak tangan manusia dan jauh beratus ribu batu dari planet ini.
Berhati-hati
lelaki itu arahkan tangannya ke arah bintang yang dia tunjuk. Setelah lelaki
itu pasti kedudukan yang tepat untuk memetik, ibu jarinya dan jari telunjuknya
dikeluarkan, seolah-olah sedang memetik sesuatu dan sesuatu itu adalah sebuah
bintang yang mustahil untuk dipetik.
“Tengok
betul-betul...” kata lelaki itu perlahan seolah berbisik. Jari itu yang tadi seolah-olah
sedang memetik itu dibawa dekat ke hadapan wajahnya dan bintang itu betul-betul
berada di hadapan matanya.
Dia
berasa tidak percaya namun pada masa yang sama turut berasa kagum. Bibirnya
mengukir senyuman lebar. Dia pandang wajah lelaki dengan perasa yang sukar
digambarkan. “Macam mana awak – ”
Lelaki
itu letak jari telunjuk kiri ke bibirnya menandakan persembahan tidak habis
lagi. Kemudian lelaki itu simpan bintang yang berkelip-kelip itu tadi ke dalam
genggamannya. Dua-dua belah tangan itu menggenggam dan meramas bintang itu tadi
lalu dia bawa ke mulutnya dan di hala ke arah luar beranda. Perlahan, orang
yang asing itu namun berasa begitu dekat dengan dirinya itu, meniup lubang
genggamannya lalu bintang tadi yang diramasnya menjadi debu-debu yang
bersinar-sinar yang terapung di udara. Sangat cantik.
Melihatkan
persembahan itu, dia menepuk tangannya sambil ketawa takjub. Rasa sungguh tidak
percaya akan kebolehan lelaki itu untuk membuat sebuah helah yang sangat
romantik dan penuh keajaiban.
“Cantiknya,”
katanya tanpa dia sedar. Mata ralit
melihat kerlipan debu yang jatuh ke tanah.
“Itu
hadiah hari jadi awak dari saya.”
Dia
pandang wajah lelaki itu. Sedikit tergamam namun yang selebihnya sebuah
perasaan yang bercampur baur. Dia kenal perasaan ini. Dia sering rasakannya
suatu masa dahulu yang dia telah lama lupakan. Seakan perkara itu berlaku
terlalu lama dahulu.
“Lepas
ni bila awak rasa sedih, awak hanya perlu ingat momen ni. Jadi segala kesedihan
awak akan pergi sebagaimana debu-dubu tadi pergi. Saya dah buat awak gembira
bukan?”
IANYA
sebuah mimpi. Mimpi yang selepas lima saat dia sedar, ia menjadi pudar. Hanya
senyuman yang lelaki itu berikan berkekalan di dalam memorinya dan lima minit
kemudian, semuanya hilang. Tiada satupun yang tinggal walau sekuat mana
sekalipun dia cuba untuk mengekalkan rupa dan bentuk lelaki asing yang hadir
dalam mimpinya itu. Adakah mimpi itu berkaitan dengan sesiapa yang dia kenali
sebelum ini atau ia hanya sebuah mainan tidur lakaran sang pengembara mimpi?
Suri
bangun dari pembaringannya. Jarum suntikan air dicabut dan selimutnya dibuang
ke tepi. Dia harus keluar dari biliknya ini. Masuk hari ini, ini adalah kali
ketiga dia pengsan mengejut kerana masalah tidurnya dan dia tahu, doktor
peribadinya itu tidak akan teragak-agak untuk bawa dia ke hospital besar dan
kemukan hal ini pada datuknya yang garang itu.
Perlahan
dia buka pintu biliknya. Kepala intai kiri dan kanan. Dia pasti doktornya itu menahan
dia dari membawanya ke hospital terus dan biarkan dia berehat di sini dahulu
sebelum ke sana setelah dia sedar. Dia berasa syukur yang Miza mampu membuat
permikiran doktor peribadinya menjadi begitu. Lantas dia atur langkahnya ke
arah dapur, menuju ke arah pintu belakang dan seterusnya ke arah pagar. Belum
sempat dia melompat pagar belakangnya, namanya dipanggil kuat.
“Cik
muda!”
Pantas
Suri melompat turun dari atas pagar dan berlari sekuat hatinya. Dia tidak mahu
ke hospital. Dia sudah muak dan dia sudah penat dengan bau ubatan dan
wajah-wajah sakit yang muncul di situ. Dia tidak suka!
“Aduh!”
Wajahnya
tersembam ke atas permukaan keras. Tetapi ia masih lembut dan sedikit berbulu.
Kapas; baju. Pantas dia angkat wajahnya dan dia lihat seorang lelaki malang
yang telah dia langgar secara tidak sengaja tadi di persimpangan blok rumah
teres ini sedang memandang ke arahnya juga. Yaiks!
“Sorry!
Sorry!” ucapnya seraya bangun. Kepala tertoleh-toleh ke arah belakang, melihat
samaada dia masih dikejar atau– tidak, dia masih dikejar dan dia perlu cepat
pergi. Dalam keadaan kelam kabut itu dia ternampak darah yang mengalir di bawah
hidung lelaki itu.
“Betul-betul
sorry– urmmm...” Suri mencari dompet yang tersimpan di dalam beg sandangnya.
Tanpa melihat jumlah yang dia keluarkan, dia campak duit itu pada lelaki
tersebut. Kaki sudah tidak sabar untuk menyambung larian. “Saya betul-betul tak
sangaja tapi saya kena pergi. Guna duit tu untuk hidung awak. Kay, bye!”
cakapnya laju dan tanpa menunggu balas dia larikan dirinya dari doktor
peribadinya. Dalam kepala sudah sibuk memikir untuk mencari bunker untuk dia
menyorok. Sebelum itu sempat lagi dia melihat ke arah lelaki yang dia langgar
tadi, yang kini telah ditegur oleh pengejarnya a.k.a seorang doktor yang sangat
komited dengan kariernya. Harapnya lelaki itu tidak apa-apa.
No comments:
Post a Comment