Cerpen

Cerpen :

Tikar Tatami [April's Issue]
Awal bulan April ini, bumi matahari terbit ini sudah mula kelihatan berseri dengan hamparan bunga-bunga sakura yang mula berkembang cantik secantik senyuman gadis jepun yang duduk berteleku menghidangkan Teh Hijau yang pahit manis itu. Sesungguhnya mereka yang melihat akan mengagumi budi pekerti yang ada pada gadis itu. Setiap apa yang ditutur begitu tersusun dan setiap perilaku yang diatur begitu tertib. Tidak pernah sekali dia melakukan kecuaian kerana upacara menghidang teh memerlukan disiplin dan kesempurnaan rohaniah... [lihat seterusnya]


Alunan Musik Cinta Lalu [Mei's Issue]
Pernahkah terlintas di fikiran kita, apakah perkara pertama yang akan mengalu-alukan kesedaran kita? Penglihatan? Bunyi? Atau... kedua-duanya sekali? Puteri Eryna tidak berapa pasti akan hal itu. Kepalanya agak berat untuk memikirkan hal itu secara lanjut. Suasana yang begitu asing dan suara orang berbisik-bisik serta cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam biliknya, semuanya diadun menjadi satu. ‘Tuan puteri dah sedar...’‘Tuan puteri dah sedar...’ [lihat seterusnya]


Cinta Itu...:X [June's Issue] 
"White!!!” Aku selak langsir bilikku. Senyuman semanis pagi terukir sebaik sahaja mataku tertancap sesusuk tubuh lelaki yang berketinggian 170cm itu. Pantas aku mengangkat lima jariku menyuruhnya menungguku sebentar sementara aku menyambung pakai bulu mata palsuku.10 minit selepas itu...“Jeez White, setiap kali kelas pagi, aku mesti jadi pak jaga depan rumah kaukan?” rungut Red tidak puas hati.Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar jeansnya yang bewarna hitam yang dipadankan dengan kardigan krim di luar... [lihat seterusnya]






Kiss me, my heavenly love [July's Issue]
Sekali lagi mulut-mulut kumpulan gadis yang duduk di sebelahku sibuk bercerita itu ini apabila melihat pasangan itu memasuki kelas. Cakap itulah, inilah dan etc macam tak de cerita lain nak cerita. Asyik-asyik Red itu, White ini. Tapi depan dorang bukan main lagi manis muka sampai aku pun rasa macam nak mati je tengok dorang punya manis. Grey di sebelahku sudah menutup telinga dan mata dan kalau ada extra tangan nak tutup mulutnya juga, boleh jadi macam revolution of man... [lihat seterusnya]


Embrace me, my heavenly love [August's Issue]
Lorong gelap, kelas sunyi dan sepi. Bayu menyapa , mengalunkan langsir lembut membuai. Cahaya oren menyimbah pada meja, kerusi, lantai dan papan hitam, memancarkan cahaya yang begitu nostalgik, nyaman rasanya. Aku menggosok alis mataku. Rasa kantuk masih berasa namun aku harus bangun dan pulang rumah. Jam bulat di dinding aku pandang. 6.30 petang... [lihat seterusnya]





Daddy Long Legs [September's Issue]
Judy : [With broad smile] Hello, good afternoon. My name is Jerusha Abott. You can call me Judy as short. I’m going to be staying in this room too.
Sallie : Oh hello Judy, my name is Sallie McBride and this is Julia Pendleton. Nice to meet you. [With welcoming face, shaking hand with Judy]
Julia : [Only her fingertips met and turns away] Oh what a dirty hands you have!...[lihat seterusnya]



Yun, Siapa dia? [October's Issue]
Aku berdiri di situ. Hanya berdiri. Otakku kosong tanpa seurat benang pemikiran. Tiada apa yang mampu melintasi di kawasan nan sepi itu bila aku; seorang gadis biasa yang mengimpikan sebuah kehidupan yang serba normal dengan kisah cinta yang romantik dan manis, telah dilamar oleh seorang lelaki yang aku rasa terlampau mengikuti kreatiria yang aku mahukan; iaitu tinggi (paling...[lihat seterusnya





The Red Thread of Us [November's Issue]
Pukul 10 pagi. Agaknya waktu puncak baginya. Mungkin. Bersama beg besar kesayangannya, Monster Beats Tour yang sudah sedia melekat di setiap hujungnya pada kotak MP4 dan telinganya. Mesti berjaket ataupun kardi tebal mahupun nipis bersama sehelai tee kosong dan sepasang jeans lusuh juga sepasang kasut sneakers All Stars. Dia akan duduk di tempat duduk hujung sekali di... [lihat seterusnya]




 Alone... [December's Issue]
                   Bersama secawan coklat panas dan tiga keping french toast, aku duduk sendiri di anjung rumah dengan hiasan pergola ditumbuhi bunga-bunga Seri Pagi yang bewarna ungu. Aku tersenyum nipis sambil jari runcingku mengetuk salah satu kelopak bunga tersebut. Bunga Seri Pagi dan warna ungu tidak pernah berpisah dalam kamus hidupku. Sentiasa melekat di jiwa ini. Begitu juga dengan...[lihat seterusnya]



Return [January's Issue]
Aku ada impian. Impian untuk menjadi seorang yang bebas. Walaupun begitu, aku sendiri dalam pencarian apa itu bebas. Telah banyak aku kaji dan aku fikirkan. Bebas. Sebenarnya bebas ada pelbagai makna bagi setiap individu. Dari sudut fahaman kita; secara dasarnya, bebas membawa maksud kemerdekaan. Sebagaimana seorang hamba dilepaskan dari tuannya, sebagaimana si...[lihat seterusnya]



W.E.B.C.A.M [Febuary's Issue]
Babak 1
Skrin gelap. Yang ada hanya suara Hazril.
Hazril : (Monolog) Flora dan fauna, sering menarik perhatianku. Sering memukauku.
Terdengar bunyi desir pokok yang ditiup angin. Kelihatan sebatang pokok yang besar di tengah yang bersebelahan dengan HEP. Kawasan itu kosong tanpa pelajar. Yang ada beberapa ekor unggas yang saling sahutan. Kemudian gelap.
Hazril : (Monolog) Aku sentiasa berpegang pada prinsip yang lensaku hanya untuk anugerah yang terindah ini. Walaupun manusia kini lebih suka untuk mensia-siakannya... [lihat seterusnya]

W.E.B.C.A.M [March's Issue]
Babak 9

Di dalam kereta. Hazril yang memandu dan Norman berada di sebelah sedang memegang handicam. Manakala Raziq berada di belakang, terbaring sebab penat. Masing-masing berpakaian sukan. Baru sahaja lepas main tennis dekat court tennis di sebelah Giant.
Norman : (Menghalakan handicam pada Raziq) Gile nyenyak mamat tu tidur. Kalau bom meletup belum tentu bangun agi nih. (Kemudian di halakan pula lensa handicam pada wajah Hazril yang tersengih-sengih)
Hazril : Dah kau hentam die gile-gile. Sape suruh. Mamat tu bukan boleh tahan dengan pressure.
Norman : Alah cakap dah main tennis... [lihat seterusnya] 




WEBCAM [April's Issue]
Fellisa mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu menghulurkan sesuatu pada Hazril. Hazril serah handicamnya pada Norman dan dia mengambil kotak berbungkus dan bereben cantik itu dari tangan Fellisa.

Hazril : Apa ni?
Fellisa : Hadiah la. Apa lagi. Happy belated birthday.
Hazril : (Belek hadiah tu, tengok kad yang ada lekat sekali) Er, thanks. Aku tak tau lak yang kau tahu birthday aku.

Fellisa : Bukan aku lah ngok. Ni dari tong sampah. Aku kutip balik lepas Risa buang... [lihat seterusnya]

No comments:

Post a Comment